Tentang Penulis

Nama pena M I Fitri.

Dilahirkan pada 1 Februari 1989. Berasal dari Beaufort. Ayah berasal dari Kg Weston manakala ibu Kg Bukau. Berbangsa Barunai. Mempunyai isteri cantik bernama Nurulain Safwanah Sulaiman dan seorang anak comel bernama Muhammad Irfan Alfateh. Kini, menetap di Kota Kinabalu kerana bekerja di salah sebuah syarikat swasta.

Mendapat pendidikan awal di SMK Beaufort (2002 – 2008). Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti (UMS) dalam bidang sastera. Bergraduasi pada tahun 2012. Mula minat dunia persuratan setelah mendapat pencerahan daripada Dr. Lokman Abd Samad.