Rentaka Sekalian Bijasura : Sepintas Lalu

Cik Srikandi

Mula-mula melihay buku ini di raknya. Semasa jualan Big Bad Wolf di Sabah Trade Centre menyangkakan buku sastera. Semasa membelek secara rawak terbaca ada puisi di dalamnya. Tak sangka ia buku Sejarah. Satu teknik yang berjaya memikat saya selaku peminat sastera.

Ia menceritakan tentang Kedah Tua. Cerita peperangan Perak Siam. Cerita tentang peribadi sebagai seorang Melayu. Mengubah steoreotaip Melayu Malas. Menganggap Melayu tinggal atas Pokok. Walhal, teknologi pembuatan besi di Sungai Besi sudah terkenal di serata dunia. Salah satu yang dibuktikan ialah pedang Rasulullah yang memiliki besi berasal dari Sungai Besi.

Jadi, ini bermaksud ia berlaku pada zaman sebelum Masihi lagi!

Kepada mereka yang mahukan atau tengah mencari keperibadian Melayu, eloklah baca buku ini sebagai panduan. Kata Cik Srikandi sebagai ‘Battlecry’ peperangan.

Kita harus mengetahui Sejarah sebenar. Jangan lagi digula gulakan oleh tulisan kerani British. Sejarah yang sepatutnya kita banggakan. Jadikan khazanah, dalam filem, dalam karya Sastera. Bahkan ia sekarang dalam proses untuk mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tapak warisan peradaban manusia terawal di Asia Tenggara.

Justeru, membaca buku ini memberikan saya sedikit gambaran dan halatuju untuk membaca semula Sejarah Melayu.