Puisi Perlu Diperam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam entri kali ini, saya memberi contoh puisi yang saya karang mengalami proses pengeraman. Jadi, saya berikan dua contoh Puisi yang asal dan yang dieram kali kedua.

Puisi Asal

Seksa Bukan Kerna Malas (Catatann Asal)

Tidakkah kau lihat
Seorang ibu kepada seorang anak
Dibantu orang yang juga layak dibantu
Seorang Runner ke sana kemari membantu
Kadang tak dibayar
Mengambil upah menghantar barang
Hari hari berfikir bagaimana mahu dapat
Orang untuk dibantu
Yang cantik menjadi scammer paling berbahaya
Yang tidak kacak, terpaksa bertukar tukar kerja
Tidak cukup cukup

Sedang kau membangun apa yang tak perlu
Angan-anganmu menjadi kepentingan kepada angan angan yang lain

Wahai Pak Ketua Menteri
Tidakkah kau rasa simpati
Melihat pekerja pekerja awam swasta
Berniaga sana sini
Offline dan online lalu dicukai
Walhal, untuk cuma seringgit

Tidakkah kau nampak
Kesabaran sudah semakin berang
Bukan kerana menahan sengsara lagi seperti dulu,
Tapi menahan kebangangan diri ini terasa
Bila kerja yang dibuat disedarinya tidak lagi memberi apa apa kelebihan
Hujung harinya melihat anaknya serba kekurangan

Wahai Ketua Para Pak Menteri
Ketua kepada manusia manusia ini
Tidakkah lagi kau mahu peduli
Anak anak yang kini
Akan dibaham kefakiran
Bukan kerna kemalasan
Tapi kerana kerajinan

M I Fitri
1:02am, KK
20 Disember 2019

Setelah dibaiki menjadi begini. Peringatan ini belum final, baru pemeraman kedua.

Pengeraman kedua

Seksa Bukan Kerna Malas (Edisi Pembaikan kedua)

Tidakkah kau lihat
seorang ibu kepada seorang anak
dibantu oleh orang yang juga susah.

Seorang Runner ke sana kemari membantu,
kadang membatu
mengambil upah menghantar barang
hari-hari fikir
bagaimana mahu dapat wang sambil beramal, yang realitinya kadang dikecam menunjuk.

Yang cantik menjadi scammer
yang tidak kacak
bertukar-tukar kerja
tidak berkesudahan…

Sedang kau membangun apa yang tak perlu
sedang angan-anganmu menjadi realiti
kini menjadi angan si miskin pula untuk membangun; yang selisih empat puluh tak mungkin berlaku.

Wahai Pak Ketua Menteri
tiadakah rasa simpati
melihat pekerja sokongan awam swasta
menjaja ke sana sini
dalam talian atau luar talian
lalu dicukai itu ini
malah dirampas begitu begini
walhal, sekadar cukup membelikan anaknya aiskrim.

Tidakkah kau nampak
kesabaran semakin berang,
kerana menahan kebangangan bukan kebanggaan?

Bila kerja yang dibuat
disedarinya kini
tidak lagi memberi makna dan makanan
waktu rehatnya adalah waktu melihat anaknya kelaparan.

Wahai Ketua Para Pak Menteri
ketua kepada mereka ini
tidakkah lagi kau mahu peduli
anak-anak yang kini;
akan dibenam kefakiran
bukan kerna kemalasan
tapi kerajinan.

Salam geram dariku.

M I Fitri
1:02am, KK
20 Disember 2019

Jadi, proses penghasilan puisi ini perlu melalui semua ini. Pemeraman sehingga ia betul betul tepu tak boleh diubah. Maksudnya, bila diubah akan memberi makna lain. Atau, sebutan, susunan menjadi teruk.

Semoga memberi manfaat.

(^_^) v