Puisi Bentuk Zahir Jiwa

Tidak semudah yang disangka. Apabila ia melibatkan pemilihan kata-kata terbaik dan menyusunnya dalam susunan terbaik. Menulis puisi lebih banyak ‘kekangan’ berbanding cerpen dan novel; yang bersifat terus terang. Paling sering berlaku ‘writers block’ adalah dalam penciptaan puisi. Pemilihan sepatah perkataan saja mengambil masa yang lama. Bukan kerana kesukaran penggunaan perkataan. Tetapi mahu memastikan jalinan patah demi patah perkataan berkesinambungan. Tambahan pula, tiada satu buku rujukan khas penggunaan istilah. Misalnya ‘mawar merah’ adakah diksi ini memberi imej kepada wanita atau cinta? Malah, ia terus membawa pembaca kepada konteks puisi.

Melalui persoalan inilah saya mencanaikan pendirian terhadap puisi. Bagi saya puisi itu adalah bentuk zahir jiwa pengarangnya. Pengarang dengan sedaya upaya menukang kata-kata membentuk sehampir boleh jiwanya. Tidak semua tukangannya itu ‘menjadi’. Hanya mungkin satu atau dua puisi yang berjaya sampai ke pembaca. Itulah lumrahnya. Jika kita berhadapan dengan hal subjektif. Tiada satu kata putus yang akan dipersetujui. Melalui ketidaksetujuan inilah karya itu akan merebak merentas zaman. Begitu juga dengan karya yang terus difahami akan terhenti apabila telah dipersetujui…

…bersambung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s