Mana Patut Meriah: Ramadhan atau Syawal?

Setiap tahun kita sambut kedatangan Syawal. Semakin lama semakin rasa tidak meriah. Bila difikirkan sejenak, rupanya Ramadhan lebih meriah dari Syawal. Kenapa?

1) Ketika Ramadhan, suasana lebih terasa meriah ketika berbuka puasa. Setiap orang mengambil kesempatan untuk pergi ke bazaar. Paling tidak menyediakan juadah berbuka.

2) Lebih rasa meriah ketika pergi ke masjid untuk solat Terawih. Boleh jumpa kawan-kawan baru dan lama.

3) Ketika bersahur pun rasa seronok bila bersama ahli keluarga. Pelbagai ragam, cerita dan karenah sementara menunggu azan subuh. Masih ada lagi gejala minum air kerana takut kehausan. Maka, minumlah berliter-liter air selepas sahur.

4) Di tempat kerja tidak kurang meriahnya. Apalagi bila ada rakan sekerja non muslim turut sama berpuasa. Atas rasa hormat-menghormati. Ikutlah sekali berbuka puasa.

5) Berbanding Syawal, Ramadhan menjanjikan pelbagai ganjaran yang diberikan kepada kita. Ramai yang mengambil peluang untuk meningkatkan ibadah. Alamak, tak boleh panjang saya bukan ahli agama. Setakaut pengetahuan cetek saya, Syawal ada puasa enam hari saja. Huhu…

Jadi, apa yang saya ingin sampaikan ialah hargailah kehadiran Ramadhan berbanding Syawal. Kembalikan fitrah kita untuk menyantuni lebih Ramadhan. Seperti dalam bait lagu Raihan dan Man Bai,

‘kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui dengan sempurna’.

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat rakan sekalian dan salam Aidilfitri zakat jangan lupa bayar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s