Kemunculan Semula Nameless Setelah 15 Tahun

Oleh: M I Fitri

Di Amerika Syarikat muzik Hardcore merupakan salah satu cabang muzik Punk; satu genre baru pada lewat 70-an dan awal 80-an. Ia membawa konsep muzik yang biasa dan mudah. Band memainkan muzik secara langsung penuh dengan lirik memberontak melawan konvensional. Di Malaysia pula bermula pada tahun 1978 di Dungun Terengganu. Ketika itu Muzik Punk Rock menjadi kegilaan ramai. Manakala di Sabah sekitar tahun 90-an muzik Hardcore mula mendapat tempat bersama dengan genre muzik lain seperti Metal, Oi dan Grunge.

Baru-baru ini penulis sangat bertuah kerana berkesempatan menemuramah salah satu band yang pernah berada di zaman tersebut.

Nameless
Band ini ditubuhkan pada tahun 1997. Ketika mereka masih berada di Tingkatan 1 SM La Salle. Band yang terkenal dengan lagu ‘Sleepy Killer’ dianggotai oleh Adie (basis), Ap (Gitar), Afif (Vokal), Adam (Gitar), Reno (Drum), dan Chuck (Gitar). Namun, Chuck telah berhijrah ke Australia. Kemudian, bertemu Rahman (dari band SKB). Rahman akhirnya menyertai Nameless sebagai vokalis kedua. Ini menjadikan mereka band hardcore pertama di Kota Kinabalu yang menggunakan dua vokalis. Nama band mereka diberi oleh Fazli Leong (atau lebih dikenali sebagai BJ Mangga dari band Arsenic).

Tahun 2001, gig pertama mereka ialah “Tonic Toxic” di Sandakan. Manakala yang kedua ialah “Choice Of New Generation” pada tahun 2002. Nameless merupakan salah satu band yang mengiringi Demokiss (Johor) yang membuat tour di Sabah.

Waktu itu, muzik underground sering dikaitkan dengan keganasan. Setiap kali gig pasti berlaku kekecohan. Itulah antara sebab kenapa gig di buat Dewan Masyarakat, kerana lokasinya berdekatan dengan balai Polis. Pernah beberapa kali persembahan mereka terpaksa dihentikan akibat kekacauan. Mereka sedikit kecewa dengan sikap ‘crowd’ yang begini. Ironinya,lirik lagu mereka semuanya tentang kesedaran terhadap isu semasa seperti peperangan, keganasan dan politik.

“Tidaklah sampai ke tahap preach, tetapi apa yang kami sampaikan untuk memberi kesedaran masyarakat terhadap keburukan peperangan. Bukan menyuruh melakukan keganasan” jelas Rahman.

Sebenarnya, dalam dunia muzik underground tiada istilah keganasan. Malah, belia khususnya bersatu kerananya. Menariknya, walaupun memiliki minat yang berbeza, tetapi selepas persembahan masih boleh bergaul bersama. Penyatuan inilah menjadi kepuasan buat Nameless untuk terus bergiat aktif dalam muzik.

“Apa yang menyatukan kami sehingga sekarang pun adalah semangat setiakawan, semangat brotherhood dan passion.” Jelas mereka.

Antara pengalaman yang sukar waktu itu adalah semua dibuat sendiri atau secara “DIY”. Pengangkutan dulu hanya menaiki bas Usaha Maju dari Kota Kinabalu ke Papar. Instrumen pula terpaksa meminjam dengan band lain semasa persembahan. Paling menjadi kebanggaan mereka adalah berjaya menghasilkan demo walau dalam keadaan serba kekurangan. Bukan setakat itu, usaha mereka itu telah menjadi inspirasi kepada band-band lain; kemudiannya menjadi ikutan.

“Sekarang lebih mudah. Orang ramai mula menerima scene underground. Mudah untuk mendapatkan permit persembahan. Instrumen, masing-masing boleh memilikinya.” Jelas Rahman lagi.

Ketika ditanya tentang aktiviti mereka semasa 15 tahun menyepi, ternyata mereka semua sibuk dengan kerjaya. Rahman merupakan seorang guru, Adam bekerja Pegawai Pemasaran Perodua, AP seorang pelatih seni mempertahankan diri, Afif dan Adie merupakan ahli perniagaan, manakala Reno bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kini mereka menjadikan Vape Cabin sebagai markas operasi bagi band ini. Komitmen mereka terhadap muzik masih seperti dahulu. Kemunculan semula di Progig Borneo 2017 paling ditunggu-tunggu. Walaupun sibuk, mereka berusaha juga untuk menyiapkan ‘stuff’ seperti Demo 2017, baju, Merchandise, Topi, Patches dan pelekat khusus buat ‘crowd’ mereka nanti.

“Barang-barang ini hanya boleh didapati di Progig Borneo” terang Adie.

Muzik mereka banyak dipengaruhi oleh Rage Against The Machine (RATM), System Of A Down (SOAD), Burger Kill, Downset, Korn, Deaf Tones dan Bad Religion. “Lagu hit Sleepy Killer adalah gabungan muzik Hardcore dan Punk. Lagu yang lebih laju dengan sedikit distort dan vokal yang heavy” AP menjelaskan tentang muzik mereka.

‘Blood Bag System’ merupakan demo mereka yang pertama memuatkan lima buah lagu. Demo ini telah sampai ke negeri Johor, KL dan Kelantan melalui pertukaran barang. Album ini telah dirakam di REM Studio jalan Damai.

Harapan mereka untuk kemunculan kali ini untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan. Terutamanya band seperti Arsenic, Breadstock, Handcuff, Skinny Puppy dan Burger Kill.

2 thoughts on “Kemunculan Semula Nameless Setelah 15 Tahun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s