Tips Bertanya

Saya pernah menuliskan begini,

“Lebih baik dengar dari diam, lebih tajam bisik dari pekik”

-M I Fitri

dan ini,

“Belajar untuk menjadi bijak lebih payah untuk difahami

Belajar untuk memijak lebih ramai orang mati

Jangan sampai mati hati”

-M I Fitri

Berguru atau mencarj ilmu ada adabnya. Tidaklah sewenangnya bertanya. Selalu keliru tahu dulu atau tanya dulu.

Cari Tahu Dulu

Bertanya ini berlaku selepas kita membaca atau mencari tahu sesuatu. Ini tidak, dari tajuk, sampai isi sampai tersirat dan tersurat semua ditanya kepada guru. Itu salah. Sepatutnya kita perlu ada ilmu dulu. Kerana kalau tidak, ini sama saja seperti orang makan bersuap. Orang mengantuk disorongkan bantal.

Memahami sesuatu isu bukanlah susah. Jawab dahulu persoalan 5W 1H, pasti dapat keseuluruhan gambar.

Setelah itu, cuba rangkumkan. Kaitkan semua yang telah diperolehi menjadi satu bentuk kepercayaan. Kemudian, barulah bertanya kepada guru, bolehkah set kepercayaan yang dibuat tadi digunakan. Atau ada salah di mana-mana bahagian, gurulah yang akan membetulkan.

Selain itu, ia sentiasa berpaksikan kepada niat. Niat inilah yang akan menentukan istiqamah. Tanpa niat, anda cuma sekadar ingin memberitahu orang yang anda seorang yang mahu mencari ilmu. Ya kalau itu niat anda terpulang. Anda akan dapat! Minta puji dapat puji. Minta puja dapat puja.

Tuntasnya, carilah ilmu dan sentiasa hairan.

“Menolak Puji Tak Minta Dicaci”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s