Itsar Dalam Kesulitan

Assalamualaikum.

Coretan ini ditulis dalam keadaan tenang. Musim hujan. Ketika ini banyak benar perkara yang berlaku di sekeliling kita, sehingga sukar untuk mengawal diri. Secara mudahnya, ujian memang ditujukan buat kita. Manusia.

Pelbagai perkara berlaku dalam suasana yang kurang nyaman. Keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan ramai orang kehilangan tenang. Gusar semakin menguasai. Harga barang yang semakin mencengkam. Mana harg minyak ta mungkin turun. Tapi, gaji pula tidak naik. Kuasa beli semakin menurun. Ini benar-benar menggusarkan. Semua orang mahu mencari jalan bagaimana untuk menyimpan. Ekonomi menjadi semakin tidak rancak. Sana sini kita dengar banyak perniagaan yang gulung tikar.

Itsar. Kenapa tajuknya saya pilih itsar. Dari segi bahasanya itsar bermaksud mendahulukan saudara dari diri sendiri. Dalam keadaan beginilah kita ken memikirkan untuk memilih mendahulukan saudara dahulu. Dari paling dekat, isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, Pakcik dan Makcik, sepupu sepapat sehinggalah kepada sahabat, rakan-rakan, sesama saudara seagama dan sesama manusia. Jangan kelirukan diri mahu bantu yang mana dulu. Bukan kerana kita tidak mahu menolong, tapi prioriti itu haruslah mengikut urutan. Memang semua orang sekarang berada dalam kesulitan.

Berbahagialah kita dengan suasana. Jangan buat keputusan terburu-buru. Bertenang sejenak dan fikirkan semasaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s