Projek Antologi Tubal Chetak

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

“Kalau benar puisi adalah luahan kata-kata, tak cukup pepohon dijadikan kertas untuk kutuliskan”

-M I Fitri a.k.a Kapten

Sempena tahun 2018, Tubal Chetak (TC) memulakan projek baru. Idea yang pada mulanya diutarakan oleh salah seorang anggota TC Rusdien Grind. Ketika berada di Sandakan menghadiri program yang dianjurkan oleh Free Read Sandakan. Apabila ditanya apa perkembangan TC terbaru maka tercetuslah idea untuk membuat antologi puisi sekitar Borneo.

Walaupun projek ini bermula dari 31 Januari hingga 1 Jun namun pihak TC telah menerima beberapa buah puisi untuk dimuatkan ke dalam antologi berkenaan.

Tema puisi adalah bebas. Minima satu(1) maksimum tiga (3). Harapnya, ia adalah keluh kesah yang dirasai oleh penduduk sekitar Borneo. Pasti, keresahan ini merupakan suara-suara kecil yang merintih.

Semua penyertaan akan dikumpul dan dipilih pada 1 Jun nanti. Tapi, tak perlu risau tentang hal itu yang penting sekarang adalah penyertaan anda.

Mohon war-war dan sebarkan projek ini di laman sosial dengan hashtag

#tubalchetak
#mariberkarya
#mahakaryaborneo

Terima kasih.

-M I Fitri a.k.a Kapten

Advertisements